Santapan Minda Kronik

Friday, December 30, 2005

Kantoi

Thursday, October 06, 2005

Senarai Filem Yang Diharamkan Oleh FINAS

Filem 1: BERAK KHAS THE MOVIE
Filem ini mengisahkan sekumpulan polis yang suka makan rasuah dan suka mengacau anak dara ketua kampung. Kecerempetan polis-polis ini amatlah memalukan sehingga mereka tanpa segan silu melakukan aksi-aksi kurang ajar menyebabkan mereka dibuang kerja beramai-ramai. Filem ini diharamkan kerana menayangkan aksi polis-polis tersebut berak di depan opis mereka setelah dibuang kerja.

Filem 2: PUTERI GUNUNG LADANG-Sebuah Cinta Jagung
Hang Buah telah ditugaskan oleh Sultan untuk pergi meminang Puteri Gunung Ladang di sebuah ladang ternakan itik yang menjadi tempat tinggal puteri tersebut. Didalam perjalanan untuk peminangan, Hang Buah telah mengalami beberapa kejadian dasyat seperti diserang biawak tropika, terlanggar tunggul kayu, terjatuh semasa mengambil konar baring, termengorat nenek tua yang sedang 'melepas' dan akhir sekali tersepak kura-kura yang sedang melintas. Apabila Hang Buah sampai di ladang tersebut alangkah terkejutnya kerana Puteri tersebut telah meletakkan syarat-syarat peminangan yang dasyat sehingga Hang Buah mati akibat dari rasa terkejut. Filem ini diharamkan kerana memaparkan aksi Hang Buah mengorek hidung kemudian dicalitkan di tangan Puteri tersebut.

Filem 3: BERMOTOR KE LANGIT
Filem arahan Badu Hj Azmu ini mengisahkan seorang mamat yang suka lepak ditepi laut sehinggalah dia menemui seekor ikan dugung kemudian dia memelihara dugung tersebut. Selepas 5 tahun dia memelihara dugung itu dia pun melepaskan dugung itu kembali ke laut. Kemudian cerita ni pun habis. Filem ini diharamkan kerana pihak FINAS tak paham langsung apa sebenarnya motif filem ini.

Filem 4: TAK ORI TAPI PIRATE (TOPI)
Filem ini diharamkan terus sebelum memulakan rakaman kerana ia memaparkan kisah P.Ramlee(lakonan Ramli Beger)menjual CD pirate kepada Haji Bakul(lakonan Udo Ocean) kemudian Hj Bakul menengok CD tersebut bersama Labu(lakonan sapa ntah) sehinggalah A.R Trompet(lakonan A.R Badut) perasan yang CD itu adalah CD cetak rompak yang dijual oleh P.Ramlee... Cerita ini berpusing-pusing selama 2 jam sehinggalah anda akan melihat satu babak yang menjijikkan iaitu babak Naza Aziz (lakonan Naza Aziz) menguap sambil ternganga.

Filem 5: GOL DAN CELAK
Seorang awek yang 'caring' ngan pakwe dia yang kuat main futsal, telah disisihkan oleh pakwe dia sebab awek ni lembik sangat dan tak 'tough' sebab awek ni tak reti main futsal. Dia pun clash la dengan awek ni. Awek ni pun rasa tercabar sehingga dia ingin menubuhkan pasukan futsal dia sendiri. Awek ni telah mengeluarkan iklan di dalam majalah dan sukkaba untuk mencari bakat baru dalam sukan futsal. Apabila tiba hari pendaftaran awek ni menangis tahap ngalmbrang sebab yang datang nak mendaftar ialah tikus mondok, kambing biri-biri, makcik cleaner, mentibang sungai, konkang afrika dan beberapa ekor tenuk sarawak. Filem ini diharamkan kerana memaparkan aksi awek tersebut menggigit tulang keting mentibang sungai yang sedang membuang air di tepi longkang.

THE LEGEND OF PANDIR atau bahasa saintifiknya (Holopous Misgerius)

@@@@PAK PANDIR KAT ZOO@@@@

Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir terasa hendak buang air besar.

Oleh kerana tiada sesiapa bersama mereka, Pak Pandir terpaksa meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta sorong itu bagi melepaskan hajatnya yang sudah tak dapat ditahan-tahannya lagi.

Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya di dalam kereta sorong itu.

"Hmmm...baik budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus menyambung lawatan mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu mereka pun pulang ke rumah.

Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak Andeh. "Baik betul anak kita ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak Pandir memberitahu Mak Andeh dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia mandi, mungkin dia nak berehat agaknya".

Mak Andeh pun menurut kata Pak Pandir itu. Sedang Pak Pandir berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran Mak Andeh memanggil dari bilik air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh bulu satu badan?"

Jawab Pak Pandir, "Ooohhh....itu tak hairan. Tadi di zoo lagi dahsyat. Saya lihat seekor gorila betina mendukung anaknya yang langsung tiada bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti muka anak kita!"


@@@@PAK PANDIR NGAN WARTAWAN@@@@

Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia. Bila wartawan-wartawan sampai mereka pun bertanya tentang perkara yang menarik untuk ditemuramahkan.

Pak Pandir pun kata "Tengok ni, aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu. Hehehe."

"Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami..." Nyampuk wartawan itu."

"Lima bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakannya kat sini..."

"Dengan apa Pak Pandir tandakan?" tanya wartawan....

"Dengan batang ubi kayu." jawab Pak Pandir sambil mengorek hidung wartawan tersebut.

Tuesday, September 27, 2005

BELAJAR BAHASA MELAYU KUNO

Kali ini saya ingin membuka kelas bahasa melayu Kuno. Bahasa-bahasa ini sudah tidak digunakan lagi pada masa kini. Ia digunakan pada tahun sekitar 1511-1621. Kepada adik-adik, jangan gunakan dalam karangan di sekolah yerr!

1.KENYUMIK
Maksud: Senyum yang menampakkan sedikit lidah bersama dengan mimik muka ala-ala sejenis binatang yang tidak boleh disebut.
Contoh Ayat: Anuar Zink yang sedang menunggu bas telah berkenyumik kepada makcik Rosalinda yang sedang membawa anak kucingnya berjalan-jalan. Anak kucing makcik Rosalinda kemudian mati kerana kekenyumiktan si Anuar Zink berada pada tahap keburukan yang amat dasyat.

2.KUTILPUNYUT
Maksud: Perbuatan yang tidak disenangi oleh ketua kampung seperti menyiram kambing dengan air panas, membuat tatto pada badan lembu dan mengajak ayam pergi karaoke.
Contoh Ayat: Satu kampung tahu dengan perangai Roberto yang suka kutilpunyut binatang-binatang ternakan. Lalu satu jawatankuasa khas telah dirombak oleh orang kampung bagi membolehkan Roberto dikutilpunyut oleh ayam-ayam belaan makcik Rubella.

3.TELUMPAK
Maksud: Membaling telur labi-labi ke arah orang yang sedang mengadakan ceramah perdana.
Contoh Ayat: "Kurang asam punya Redondo, ditelumpaknya aku dengan tetamu-tetamu kehormat sekali kena. Kalau yer pun jangan la marah sangat pasal aku nikah dengan janda dia." Kata Datuk Dr. Alberto Einsteino kepada penjaga tandas Central Market sambil menelumpak ke muka penjaga tandas tersebut.

4.KOLKOTUM
Maksud: Sejenis minuman ringan didalam tin perasa daun ketum yang akan membuatkan peminumnya buta huruf.
Contoh Ayat: Kerana terlalu banyak mengambil kolkotum yang berlebihan, seluruh penduduk Kg. Tempoyang terpaksa masuk tadika semula akibat sudah tidak tahu lagi membaca buku. Perbuatan seperti ini bolehlah diumpamakan seperti Karam dilaut boleh kurenang, Karam di hati nak bayar hutang. Karam Sinkh Walia untuk TV3.

5.SYIRUM
Maksud: Menyorok dari perbuatan yang menakutkan.
Contoh Ayat: Luziano yang sedang melarikan diri dari ceti telah mensyirum ke dalam kain pelikat ketua kampung yang sedang mengadakan kuliah subuh. Akibat dari perbuatan itu Luziano telah ditempeleng 8 kali kerana telah menjatuhkan martabat ketua kampung iaitu pakcik Leornardo.

6.SPENTOT
Maksud: Spender yang menampakkan sedikit bontot.
Contoh Ayat: Semasa pakcik Leornardo menyertai pertandingan lari dalam guni peringkat kg. Tempoyang, dia terjatuh semasa mengambil korner tajam kemudian terguling-guling ke arah himpunan pelajar Pandu Puteri dan terpelanting keluar dari guninya. Lalu ternampaklah spentot lubang-lubangnya yang berjenama remona. Akibat dari kejadian itu, pakcik Leornardo sangat malu sehingga menarik diri dari melakonkan watak utama dalam drama makcik Rosalinda.

Sekian dahulu kelas saya pada hari ini. Kepada komentar, sila komen apa benda yang korang nak belajar. Saya buleh ajarkan. Selamat minum sirap!

Monday, September 26, 2005

DOCTOR JOKES

@@@@ KES 1 @@@@

Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi.

"Prangggggg!!!" Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara, "Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah, budak-budak."

"Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia," kata doktor tersebut dengan sinis."



@@@@ KES 2 @@@@

Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas. Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.

Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi.

Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula......sambil menyanyi doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak tadi terlentang....tapi sekarang meniarap pula?!"

Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak."



@@@@ KES 3 @@@@

Fahmi adalah seorang pemilik sebuah bengkel kereta sedang sibuk memperbaiki sebuah kereta yang rosak... tiba2 didatangi oleh seorang doktor bedah terkenal yang juga ingin memperbaiki keretanya yang mengalami sekidit kerosakan..

"Assalamualaikum doktor..." tegur Fahmi... "Saya sangat mengenali doktor kerana wajah doktor sering keluar majalah, suratkhabar dan TV..

Setelah doktor menerangkan masalah keretanya... Fahmi cuba bertanya...

"Cuba Doktor lihat, pekerjaan kita hampir sama. Mengambil sesuatu yang rosak, menggantinya dengan yang baru dan "sembuhlah" ia." "Yang saya hairan, kenapa saya tidak boleh sekaya Doktor?" tanya Fahmi.

Doktor itu menatap wajah Fahmi dan bertanya balik.. "Pernahkan awak mengerjakannya dalam keadaan mesinnya masih hidup?"



@@@@KES 4@@@@

Di dalam sebuah bilik bedah seorang pesakit begitu takut dan berkata kepada doktor,

"Doktor, saya sangat takut sekali untuk menghadapi pembedahan ini. Ini pertama kali saya di bedah."

Jawab doktor,
"Saya cukup faham dengan perasaan anda dan begitu mengerti kegugupan anda sekarang kerana saya juga baru pertama kali membedah pesakit."




@@@@KES 5@@@@

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sangat penting untuk menjadi seorang doktor." kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat." katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat." kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk....."

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!

Tuesday, September 13, 2005

Jalan Terkangkang

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...

KAYA 7 KETURUNAN

Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.

Ibu :"Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan".

Anak :"Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?"

Ibu :(tersipu malu)"Kerana kita ini keturunan yang ke 8".

Mengong

Dol : "Apa yang engkau bawa tu?"

Mutu: "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya? Kalau tekaanmu tepat.. kesemua dua ekor ayam yang aku bawa ini akan aku kasi pada mu!"

Dol : "Emmmm.. tiga kot..?"

PROFESSOR JOKE

@@@@ KULIAH 1 @@@@

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.

Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.



@@@@ KULIAH 2 @@@@

Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri". Semua pelajar diam. Ada yang senyum.

Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.

Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?"

Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!




@@@@ KULIAH 3 @@@@

Profesor Bakri adalah seorang profesor yang terkenal dengan kepintarannya... Dia terlalu tekun dengan ujikaji yang dilakukannya sehinggakan terlupa untuk makan minum, malah sudah dua hari tidak pulang ke rumah... lalu isterinya menelifon..

"Abang.. ingat ya, malam ini abang mesti pulang ke rumah untuk makan malam. Jaga kesihatan", pesan isterinya.

"Ya, baik.. abang janji.. agaknya dimana kita hendak makan malam nanti?" tanya professor itu.

"Di rumah saja lah bang..".

"Baik lah.. tapi dimana tu? Saya catat alamatnya dulu...".



@@@@KULIAH 4@@@@

Seorang pemuda yg bekerja sebagai pemandu seorang profesor yang bijaksana sedang duduk di belakang dewan kuliah untuk menunggu tuannya itu habis menyampaikan kuliah.

Boleh dikatakan setiap hari pemandu itu mendengar setiap ilmu yg disampaikan oleh profesor itu dan boleh hafal apa yg akan diperkatakan oleh profesor. Semua soalan yg dikemukakan oleh para pelajar dijawab dengan mudah oleh profesor. Semakin hari semakin jemu untuk mendengar apa yang disampaikan oleh profesor.

Pada suatu hari si pemandu ingin menukar tempat dengan si profesor, dengan rasa hati yang terbuka mereka pun menukar tempat. Si profesor menjadi pemandu, si pemandu menjadi profesor, dalam hati kedua-dua berkata "Sungguh seronok yer kerja macam ni".

Sampai di satu dewan kuliah yang lain si pemandu yang menyamar pun masuk ke dalam dewan kuliah dan menyampaikan segala apa yang patut disampaikan oleh si profesor. Si profesor yang sebenar duduk di belakang mendengar apa yang di sampaikan oleh pemandu itu. Si profesor berasa bangga apa yg disampaikan oleh pemandu itu. Apabila tiba sesi bertanya semua soalan dapat dijawab dengan mudah dan lancar.

Tiba-tiba seorang student yg boleh diperkatakan bijak menanyakan satu soalan yang tak pernah didengari olehnya, dengan muka selamba si pemandu itu berkata "Soalan awak terlalu mudah untuk dijawab, soalan sebegitu pemandu saya pun boleh jawab.....driverrr tolong bagitau jawapannya".

Dengan bangga si profesor yang menyamar sebagai pemandu itu menjawab soalan itu..... dengan mudah.

Menu Italy

Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil hati teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk makan di restoran itu...

Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu... Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan...

"Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki tadi..

"Maaf.. encik" jawab waiter

"Itu nama pemilik restoran ini"

Im Sorry bebeh

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya hancur-lebur, suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan-jalan di KLCC.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka-neka dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

IKLAN

Saturday, September 10, 2005

Soalan Ramalan SPM 2005

SUBJEK : Sejarah

1. Siapakah ketua tentera Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511?
A: Alfonso D' Albuquequer B: Albontot D' Abukaki
C: Al apobondo nih C: Al..Al..Alpa romeo

2. Apakah isi kandungan didalam perjanjian Pangkor?
A: Tidak buleh sekodeng anak dara mandi.
B: Isterimu, isteriku jua, isteriku.. isterikulah.
C: Semua awek dalam Pangkor adalah milik ketua kampung.
D: Semua orang boleh tempeleng ketua kampung.

3. Siapakah pegawai British di Sarawak?
A: James Brook B: James Beruk C: Jem Tat Nenas
D: James Bond Tot E: Khalid Jamlus

4. Kenapa Hang Jebat mengamuk?
A: Kerana mengetahui Hang Tuah mati dibunuh Soltan.
B: Aweknya dikebas datuk bendahara.
C: Kalah main takraw dengan anak buah Hang Kebun.
D: Terlalu meminati Bandi Amuk, sebab tu la mengamuk.

5. Siapakah nama isteri Parameswara?
A: Parameswari B: Parameswaja C: Pramugari
D: Pramugara terlampau


SUBJEK : Ekonomi Asas

1. Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?
A: makan, rumah dan pakaian.
B: makan, awek dan uwang.
C: bini, bini orang dan anak dara orang.
D: Rokok, korok dan korokmu.

2. Namakan sejenis sistem pertukaran barang.
A: Sistem Barter B: Sistem batu bata
C: Sistem kasut Bata D: Sistem Marjerin dan butter

3. Ketidakseimbangan wang akan berlakunya apa?
A: Nilai dolar lebih tinggi berbanding wang lain.
B: Nilai dollah akan jatuh kerana tak bekerja.
C: Nilai, Negeri Sembilan tiada pengunjung.
D: Nilai nilai murni diterapkan didalam PLKN.

4. Apakah ciri Sistem Kapitalis?
A: Duitmu duitku jua, duitku duit untuk biniku.
B: Semua orang perlu bersedekah ke masjid.
C: Makan dulu, baru bayar.
D: Selalu mengamalkan dasar pinjam wang bayar hutang.

5. Kumpulan manakah yang menguruskan kewangan pekerja?
A: Kumpulan Search B: Kumpulan KRU
C: Kumpulan Kekanak Spastik D: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.


Subjek : Sains

Tindakan Telekinetik merupakan tindakan apa?
A: Melempang orang secara tiba-tiba apabila perut dicucuk dengan jari.
B: Flying kick ketua kampung semasa bunyi mercun meletup.
c: Terkincit cair semasa mendengar suara harimau dalam hutan.
D: Menyorok dalam kain Tok Imam semasa dengar bunyi siren polis.

Apabila kita menyedut Oksigen, kita akan melepaskan.....
A: Gas Hidrogen B: Gas monoksida (kentut cirit)
C: Gas Petronas D: Gasing

Pilih mana yang berkenaan berkaitan dengan mikroorganisma....
A: Sejenis binatang yang sangat kecik sehingga takleh dilihat ngan mata kasar (mata keranjang boleh).
B. Makhluk halus belaan Ayah Pin
C: Binatang kecik yang hanya lepak kat longkang-longkang dan tempat najis
D: Kumpulan binatang yang menubuhkan pasaraya Makro Organisma

Friday, September 09, 2005

MATINYA SEEKOR PATRIOT (18SG Ganas giler)





THE LEGEND OF CHOT (sedara Pak Pandir)

@@@@ ANAK BANYAK @@@@

Chot ada anak 9 orang. Satu hari, kawannya yg bernama Kadir menelefonnya dan berkata;

"Ko ada terlalu banyak anak. Tak teringin ke nak buat family planning, kawal anak tu sikit?"

Chot jawab, " Dah buat. Lepas anak ke-2, aku start guna kondom. Tapi bini aku still beranak gak lepas tu!"

Kadir tanya lagi, "Bocor kot kondom ko tu? Aku ingat ko try sterilisation la..."

Chot jawab lagi, "Tu pon dah! lepas anak ke-4, aku buat sterilisation dan bini aku masih beranak jugak!"

Kadir pelik, "Agaknya operation tu tak berjaya kot? Nampak gayanya satu-satu cara yang tinggal lagi sekarang ialah ko tak leh dok dekat dengan bini ko lagi..."

Chot terus jawab, "Itu pon aku dah buat. Lepas anak ke-6, aku dah tak sentuh bini aku lagi dah. Dan dia masih terus menerus beranakkan 3 org anak aku lagi lepas tu!"

Kadir: ???...(dalam hati) Uik, madu orang rupanya ko chot, kesiannnn....


@@@@ BINI BIJAK @@@@

Chot berada di luar negeri. Masa tu musim sejuk. Tapi dia lupa nak bawak baju sejuk dari Malaysia masa tengah kemas beg dia semalam. Nak beli baru, mahal. Jadi dia tepon bini dia minta diposkan baju sejuk dia yang tertinggal tu.

Selang 2 hari dgn kecekapan courier Poslaju, Chot terima bungkusan dari bini dia. Di dalam kotak bungkusan itu ada satu nota bertulis: " Bang, saya dah buang semua butang baju sejuk ni sebab butang-butang ni berat sangat dan boleh menyebabkan saya terpaksa membayar harga yang lebih mahal untuk servis courier ni. Tapi abang jangan risau sebab saya dah letak kesemua butang tu kat dalam poket belah kanan baju sejuk tu."

Kata Chot dalam hati, "Tak sia-sia aku kahwin dgn kamu ni. Bijak orangnya!!!"



@@@@ MISTERI @@@@

Satu hari Chot terbangun malam. Dia nak terkencing. Dia pun masuk bilik air. Chot sungguh terkejut bila lampu tu terbuka sendiri.

Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet... Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri...

Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yang terjadi kat toilet tadi..lampu tu terbukak dan padam sendiri.

Bini Chot yg dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata.. "dah... dia buat dah perangai lama... Awat hang kencin dlm peti ais...???



@@@@PERPUSTAKAAN@@@@

Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran.

"Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot.

"Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.

"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!" kata Chot.

"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.

"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"

Pustakawan tersebut berkata,
"Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"