Santapan Minda Kronik

Tuesday, September 13, 2005

PROFESSOR JOKE

@@@@ KULIAH 1 @@@@

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.

Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.



@@@@ KULIAH 2 @@@@

Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri". Semua pelajar diam. Ada yang senyum.

Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.

Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?"

Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!




@@@@ KULIAH 3 @@@@

Profesor Bakri adalah seorang profesor yang terkenal dengan kepintarannya... Dia terlalu tekun dengan ujikaji yang dilakukannya sehinggakan terlupa untuk makan minum, malah sudah dua hari tidak pulang ke rumah... lalu isterinya menelifon..

"Abang.. ingat ya, malam ini abang mesti pulang ke rumah untuk makan malam. Jaga kesihatan", pesan isterinya.

"Ya, baik.. abang janji.. agaknya dimana kita hendak makan malam nanti?" tanya professor itu.

"Di rumah saja lah bang..".

"Baik lah.. tapi dimana tu? Saya catat alamatnya dulu...".



@@@@KULIAH 4@@@@

Seorang pemuda yg bekerja sebagai pemandu seorang profesor yang bijaksana sedang duduk di belakang dewan kuliah untuk menunggu tuannya itu habis menyampaikan kuliah.

Boleh dikatakan setiap hari pemandu itu mendengar setiap ilmu yg disampaikan oleh profesor itu dan boleh hafal apa yg akan diperkatakan oleh profesor. Semua soalan yg dikemukakan oleh para pelajar dijawab dengan mudah oleh profesor. Semakin hari semakin jemu untuk mendengar apa yang disampaikan oleh profesor.

Pada suatu hari si pemandu ingin menukar tempat dengan si profesor, dengan rasa hati yang terbuka mereka pun menukar tempat. Si profesor menjadi pemandu, si pemandu menjadi profesor, dalam hati kedua-dua berkata "Sungguh seronok yer kerja macam ni".

Sampai di satu dewan kuliah yang lain si pemandu yang menyamar pun masuk ke dalam dewan kuliah dan menyampaikan segala apa yang patut disampaikan oleh si profesor. Si profesor yang sebenar duduk di belakang mendengar apa yang di sampaikan oleh pemandu itu. Si profesor berasa bangga apa yg disampaikan oleh pemandu itu. Apabila tiba sesi bertanya semua soalan dapat dijawab dengan mudah dan lancar.

Tiba-tiba seorang student yg boleh diperkatakan bijak menanyakan satu soalan yang tak pernah didengari olehnya, dengan muka selamba si pemandu itu berkata "Soalan awak terlalu mudah untuk dijawab, soalan sebegitu pemandu saya pun boleh jawab.....driverrr tolong bagitau jawapannya".

Dengan bangga si profesor yang menyamar sebagai pemandu itu menjawab soalan itu..... dengan mudah.

2 Comments:

  • At 9:49 AM, Anonymous malik said…

    keeekekekekekekkekeke... aku gelak sampai celah kangkang aku berair

     
  • At 9:50 AM, Anonymous LaiLai said…

    Y eke citer ko ni... ko amik mana2 ke..

     

Post a Comment

<< Home